INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Friday, May 25, 2012

Ceramah Motivasi

(25-5-12) Pihak sekolah telah menganjurkan Ceramah Motivasi UPSR bagi murid Tahun 4-6. Penyampaian penceramah yang kepelbagaian telah menarik perhatian murid-murid.

Mengalu-alukan Kehadiran Murid

Guru bertugas mengalu-alukan kehadiran murid pada awal pagi. Program Guru Penyayang yang dilancarkan oleh KPM telah merapatkan hubungan guru dengan murid.

Thursday, May 24, 2012

Hari Ibu Bapa Tahun 2012

Hari Ibu Bapa telah diadakan pada 23 Mei 2012. Tujuan Hari Ibu Bapa diadakan adalah untuk membolehkan ibu bapa lebih mengetahui kelakuan murid di sekolah dan mengambil berat tentang akademik murid.


Saturday, May 19, 2012

Program Pusat Akses Sekolah ( PuAS ) Bersama Komuniti Peringkat PKG Johol Tahun 2012


( 19-5-2012 ) Pelancaran Pusat Akses Sekolah telah diadakan di SK Nuri. Pelancaran ini memberikan pendedahan kepada komuniti Johol untuk lebih mengenali Pusat Akses Sekolah.

Pegawai PPD Kuala Pilah menurunkan tandatangan di ruangan pengunjung di kiosk sekolah kami.

Guru Besar dan guru-guru mengambil gambar bersama pegawai BTPN.

Sekolah kami telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan kiosk terbaik sempena Program Pusat Akses Bersama Komuniti Peringkat PKG Johol Tahun 2012. Syabas!

PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAH

Wednesday, May 16, 2012

Pertandingan Bercerita & Syarahan Bahasa Cina Tahun 2012

Pada 16 April 2012, Pertandingan Bercerita & Syarahan Bahasa Cina Tahun 2012 telah diadakan. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menyertai pertandingan tersebut.



Semua guru Bahasa Cina mengambil gambar bersama pemenang-pemenang.

Sambutan Hari Guru

Sempena Hari Guru, murid-murid telah diberi peluang menonton perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melalui siaran TV1.

Sambutan Hari Guru Tahun 2012

Murid-murid Tahun 6 memberikan bunga buatan sendiri sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru.

Guru Besar memberikan ucapan dalam majlis Sambutan Hari Guru.

Cikgu Shaina membacakan Perutusan Hari Guru Tahun 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud.

Guru Besar merasmikan tanaman bunga raya.

Semua guru mengambil gambar dengan gembira kerana mendapat banyak hadiah daripada murid-murid.

Guru-guru memotong kek untuk meraikan Hari Guru.

Sambutan Hari Jadi Guru & Murid bagi bulan Mei


Semua guru meraikan Hari Lahir guru bagi bulan Mei.

Tuesday, May 15, 2012

Saringan Khas LINUS

Pada 15 April 2012, semua murid Tahun 2 telah menyertai Saringan Khas LINUS yang ditetapkan oleh KPM. Pegawai PPD turut datang ke sekolah kami untuk memantau pelaksanaan saringan ini.

Pemantauan Kelas UPSR

Pada 15 April 2012, Pn. Er San San selaku Penyelia Bahasa Cina telah membuat pemantauan bagi kelas UPSR di sekolah kami. Beliau telah memantau kelas Bahasa Malaysia dan Sains Tahun 6.

Pemantauan KSSR

Pn. Er San San turut memantau tentang KSSR Tahun 1 dan Tahun 2 bagi subjek Matematik dan Bahasa Cina.

Pemantauan Panitia Kemahiran Hidup

(11-5-2012) En. Abdul Wahab, pegawai PPD Kuala Pilah telah membuat pemantauan tentang Panitia Kemahiran Hidup.

Monday, May 14, 2012

Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Daerah Kuala Pilah Tahun 2012

Pada 12 April 2012, Lee Wan Jing dan Sin Chai Hong telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Daerah Kuala Pilah. Mereka berdua telah mendapat sagu hati dalam pertandingan tersebut.

Monday, May 7, 2012

Pertandingan Tarian Daerah Kuala Pilah


Pada 7 Mei 2012, sebanyak 12 orang murid telah menyertai Pertandingan Tarian Peringkat Daerah Kuala Pilah. Tarian murid termasuklah tarian zapin dan tarian tradisional yang diajar oleh Pn Lee Pauy Lian.

Semua peserta pertandingan tarian mengambil gambar bersama guru-guru pengiring.

Friday, May 4, 2012

Action Song Competition Daerah Kuala Pilah


Seramai 8 orang murid Tahun 3 telah menyertai Pertandingan Action Song Daerah Kuala Pilah pada 3 Mei 2012.

Tuesday, May 1, 2012

Pemantauan KSSR Dari KPM

Pegawai KPM telah membuat pemantauan KSSR di sekolah kami dua hari berturut-turut. Tujuan pemantauan ini adalah untuk melihat perkembangan pelancaran KSSR di sekolah kami.

Terima kasih kepada nazir-nazir yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami supaya perjalanan KSSR di sekolah kami lebih lancar lagi.


Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity