INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Wednesday, July 27, 2011

Ceramah Motivasi untuk Murid dan Guru Tahun 2011

( 26-7-2011 ) Sekolah kami telah menjemput Pensyarah Xie Kun untuk memberi ceramah motivasi kepada murid dan guru.



Tuesday, July 26, 2011

Pameran Program Pendidikan Pencegahan Dadah

Pihak sekolah telah menjalankan beberapa aktiviti untuk menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah.

Pertandingan melukis dan mewarna poster anti dadah.
Pameran bahan-bahan berkaitan pencegahan dadah
Sudut pameran hasil kerja murid

Aktiviti Minggu PSS

Pameran buku skrap

Hasil kerja murid

Pameran buku baru

Jualan alat tulis

Thursday, July 14, 2011

Minggu PSS- Pameran Buku Baru

Dalam Minggu PSS ini, banyak aktiviti telah diadakan. Salah satu aktiviti ialah pameran buku baru. Murid-murid telah didedahkan buku baru yang terdapat di perpustakaan dan boleh meminjam buku yang disukai nanti.

Sambutan Hari Jadi Guru Bulan Julai

Guru-guru telah berkumpul untuk menyambut Hari Jadi Guru bagi bulan Julai.

Selamat Hari Jadi diucapkan!

Wednesday, July 13, 2011

Hari ICT

Murid-murid melihat hasil kerja murid yang dipaparkan dalam makmal komputer.


Cikgu Low memberi penerangan tantang cara memasang komputer kepada murid-murid.

Murid-murid membaca bahan-bahan tentang ICT.

Program Membaca Majalah Nan Yang

Murid-murid Tahun 6 telah diberikan Majalah Nan Yang untuk menambah pengetahuan mereka dalam menghadapi UPSR. Murid-murid digalakkan membuat latihan dan membaca karangan dalam majalah tersebut.

Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah

Murid-murid telah menyertai Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang bahayanya menghisap dadah.

Pertandingan Bercerita & Syarahan BM Peringkat Sekolah

( 29-6-2011 ) Pertandingan Bercerita & Syarahan Bahasa Malaysia telah diadakan pada petang ini. Murid Tahun 1 hingga Tahun 4 mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita manakala murid Tahun 5 & 6 pula mengambil bahagian dalam Pertandingan Syarahan. Pertandingan tersebut tamat pada 4.30 pm. Pemenang-pemenang mengambil gambar bersama guru-guru Bahasa Malaysia. Hadiah akan diberi pada akhir tahun dalam Majlis Penyampaian Hadiah.

Saturday, July 9, 2011

1 Malaysia 1 Kecergasan

(9-7-11) Pada pagi ini, murid-murid Tahun 4-6 telah menyertai satu Program Pelancaran 1 Malaysia 1 Kecergasan sempena Bulan Kecergasan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari ini, termasuk senamrobik dan sukaneka.

Guru-guru turut serta dalam acara sukaneka dan bermain bersama dengan murid.

Perjumpaan Ibu bapa Murid Tahun 6 dengan Guru Tahun 6

Perjumpaan dengan ibu bapa bagi murid Tahun 6 telah dijalankan. Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk membolehkan ibu bapa mengetahui akademik dan perlakuan anak mereka di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga diingatkan lebih memberi perhatian kepada anak mereka yang bakal menghadapi UPSR.

1 Murid 1 Tabung 1 Ringgit 1 Malaysia

Setiap murid telah diberikan satu tabung yang telah dimasukkan seringgit sebagai hadiah dalam Program Pelancaran Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Murid-murid digalakkan mengamalkan tabiat menabung sejak kecil.

Saturday, July 2, 2011

Pelancaran Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Pada 2-7-2011

Pelancaran Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Pada 2-7-2011

Pada 2 Julai 2011, semua warga sekolah telah mengambil bahagian dalam Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Pengerusi LPS, Pengerusi PIBG dan ibu bapa juga mengambil bahagian dalam program ini.

Selepas perlancaran, Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pun bermula.

Friday, July 1, 2011

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1 Tahun 2011

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah telah datang ke sekolah kami untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid-murid Tahun 1. Murid-murid telah didedahkan maklumat tentang cara menjaga kesihatan badan dan diberikan suntikan.

Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity