INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Sunday, May 22, 2011

Kutipan Dermaan

Pihak sekolah telah membuat kutipan dermaan untuk murid miskin yang telah kematian abangnya dalam satu kemalangan jalan raya.
Guru Besar memulakan dermaan.


Cikgu Won, GPK HEM telah menyerahkan kutipan dermaan kepada ibu mangsa.

Murid-murid telah menunjukkan keikhlasan dengan membuat dermaan.

Saturday, May 21, 2011

Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Cina Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011

Sekolah kami telah menghantar 4 orang murid dalam Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Cina Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011. Che Wen Suet, murid Tahun 6 juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Syarahan.
Persembahan tarian yang menarik oleh murid-muird.

Peserta-peserta dalam Pertandingan Syarahan.

Friday, May 20, 2011

Program Kecemerlangan UPSR SJKC Daerah Kuala Pilah

Murid-murid Tahun 6 telah menyertai Program Kecemerlangan UPSR SJKC Daerah Kuala Pilah. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan kepada murid-murid.

Lawatan Sambil Belajar

Lawatan Sambil Belajar

Pada 14 Mei 2011, pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Tujuan program ini adalah untuk menimba ilmu murid dan mengurangkan tekanan murid sebelum menghadapi ujian.


Penyertaan Pertandingan Badminton Daerah Kuala Pilah Tahun 2011

Pihak sekolah telah menghantar 3 orang murid untuk menyertai Pertandingan Badminton Daerah Kuala Pilah Tahun 2011.

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru Tahun 2011

Sempena Hari Guru, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk merapatkan hubungan guru dengan murid.Guru-guru menyanyikan lagu Hari Guru dan Guru Malaysia.

Permainan tradisional dijalankan untuk mengeratkan perhubungan guru dengan murid.

Murid-murid menghadiahkan kad ucapan rekaan sendiri kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan.

Perhimpunan awal pagi dijalankan.

Guru-guru dan pekerja sekolah menikmati jamuan yang disediakan oleh murid-murid Tahun 6.

Pertandingan Bola Keranjang Peringkat Negeri

Pihak sekolah telah menghantar 4 orang murid dalam Pertandingan Bola Keranjang Peringkat Negeri.

Aktiviti Minggu Bahasa Cina

Sepanjang Minggu Bahasa Cina, Panitia Bahasa Cina telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan minat murid dalam Bahasa Cina. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan bercerita, tulisan, membina ayat, dan mengarang.

Pemenang-pemenang Pertandingan Ping Pong Peringkat Sekolah

Kelab Ping Pong di sekolah telah mengadakan Pertandingan Ping Pong antara pasukan. Tujuan pertandingan adalah untuk mencungkil bakat murid.

Friday, May 6, 2011

Menyambut Hari Jadi Guru dan Murid

Lee Wan Jing, murid Tahun 1 telah menyambut Hari Jadi bersama rakan sekelasnya. Diharapkan kegembiraannya akan dikongsi bersama-sama.

Pihak sekolah juga menyambut Hari Jadi Cikgu Lim Po Yolk. Selamat Hari Jadi diucapkan!

Anugerah Cemerlang UPSR 2010

Sekolah kami telah mendapat Anugerah Cemerlang UPSR 2010. Diharapkan murid-murid akan terus berusaha supaya UPSR pada tahun ini akan terus mencapai kecemerlangan.

Wednesday, May 4, 2011

Pertandingan Bercerita & Syarahan BC Peringkat Sekolah

Sekolah kami telah mengadakan Pertandingan Bercerita & Syarahan BC Peringkat Sekolah. Setiap peserta telah bercerita dengan baik. Syabas!


Pertandingan Bercerita BC Peringkat Daerah Kuala Pilah



Chan Wen Hua telah mewakili sekolah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita BC Peringkat Daerah Kuala Pilah. Dia berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah!

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Daerah Kuala Pilah



Wee Mei Sue , Foo Yen Nee, Foo Yen Ting dan Lai Wei Qi telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak BC Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2011.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity