INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Thursday, November 24, 2011

Penyampaian Sijil Nilam untuk Murid Tahun 6

Murid-murid Tahun 6 telah diberikan sijil Nilam mengikut rekod bacaan mereka sepanjang 6 tahun di sekolah rendah.

Thursday, November 17, 2011

Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah

Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah telah dijalankan dengan lancar pada 15 November 2011. Murid-murid telah membuat pelbagai persembahan yang menarik pada malam itu.

Hiasan pentas
Persembahan murid Tahun 1
Murid-murid Tahun 6 dan guru-guru

Jamuan Makan Malam 1 Malaysia

Sekolah kami telah menghantar murid-murid untuk membuat persembahan dalam Jamuan Makan Malam 1 Malaysia.

Persembahan murid
Ketibaaan YB Dato Dr Wee Ka Siong

Hari Kantin

Hari Kantin sekolah telah diadakan pada 4 November 2011 oleh murid-murid Tahun 6. Pelbagai jenis makanan dan minuman, kraftangan dan alat tulis telah dijual oleh mereka. Murid-murid Tahun 6 telah menyumbangkan wang yang diterima daripada jualan kepada sekolah.


Read 2011 One Nation Reading Together

Sekolah kami telah menyertai program membaca serentak 1 Malaysia pada 2 November 2011. Murid-murid telah diberikan sijil penyertaan.

We are creating A Nation Of Readers

Monday, October 31, 2011

Hari Anugerah Perkhidmatan Tahun 2011

Murid-murid yang telah menyumbang tenaga kepada sekolah telah diberikan hadiah sebagai penghargaan.

Pengawas Perpustakaan
Pengawas Sekolah
Ketua Darjah & Penolong

Kem Badan Beruniform 2011

Kem Badan Beruniform telah berjalan dengan lancarnya pada 28-29 Oktober 2011. Semoga semua peserta dapat belajar melalui kem tersebut.
Semua guru dan AJK PIBG mengambil gambar bersama peserta-peserta.

Tempat tidur bagi semua peserta.

Cikgu Choong mengetuai kawad kaki.

Friday, October 7, 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak Tahun 2011

Sempena Hari Kanak-kanak, pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Nyanyian Karaoke. Berikut ialah pemenang-pemenang dari setiap kelas.

Pemenang-pemenang Tahun 6
Pemenang-pemenang Tahun 5
Pemenang-pemenang Tahun 4
Pemenang-pemenang Tahun 3
Pemenang-pemenang Tahun 2
Pemenang-pemenang Tahun 1

Ceramah Pembekal Yakult

Pada Hari Kanak-kanak, pihak sekolah telah menjemput pembekal Yakult untuk memberi ceramah tentang kebaikan minuman Yakult.

Murid-murid merasai minuman Yakult.

Tuesday, October 4, 2011

Program Lepas UPSR- Melukis Mural

Selepas UPSR, murid-murid Tahun 6 menjalankan aktiviti melukis mural untuk mencantikkan kawasan sekolah.

Monday, October 3, 2011

Kem 1 Murid 1 Sukan

Lee Hong Yi dan Wong Seik Yee telah mewakili sekolah untuk menyertai Kem 1 Murid 1 Sukan.

Pertandingan Matematik

Pihak sekolah telah menghantar 5 orang murid untuk menyertai Pertandingan Matematik Peringkat Kebangsaan. Mereka terdiri daripada Sin Chai Hong, Ng Zhe Yin, Lei Yi, Foo Keng Zhou dan Chin Han Yong. Tahniah kepada Chin Han Yong yang telah mendapat sagu hati!

Monday, September 19, 2011

Perhimpunan Khas Hari Malaysia

Sempena Hari Malaysia, perhimpunan khas telah diadakan di sekolah. Setiap warga sekolah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Diharapkan murid-murid dapat disemai semangat patriotik melalui perhimpunan khas ini.

Tuesday, September 13, 2011

Pesta Tanglung Tahun 2011

Pesta Tanglung 2011

Pada 9 September 2011, pihak sekolah telah mengadakan Pesta Tanglung. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tersebut. Antaranya adalah pertandingan mewarna yang terbuka kepada kanak-kanak bawah 7 tahun, teka-teki, pertandingan karaoka dan lain-lain lagi. Pesta Tanglung tersebut telah berjalan dengan lancar.


Wednesday, September 7, 2011

Pertandingan Mereka Cipta Tanglung Tahun 2011

Sempena pesta tanglung, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan mereka cipta tanglung. Murid-murid digalakkan mereka cipta tanglung bersama ahli keluarga mereka. Berikut ialah pemenang-pemenangnya.
Prasekolah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Penggredan PSS Tahun 2011

(7-9-2011) Hari ini, En Shafi'e Bin Diron (Pegawai Teknologi Pendidikan) dari PKG Johol telah datang ke sekolah kami untuk membuat penggredan PSS. Guru PSS, Pn. Lee Pauy Lian telah memberi penerangan sepanjang pemantauan dijalankan.

Sambutan Hari Jadi Guru dan Murid Bulan Ogos

Guru-guru dan murid-murid yang hari jadi jatuh pada bulan Ogos telah diberikan satu botol air sebagai hadiah hari jadi. Selamat Hari Jadi!
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity