INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, June 7, 2010

Hari Ibu Bapa


(2-6-10) Pada pukul 2.30 petang ini, sekolah kami telah mengadakan Hari Ibu Bapa. Semua ibu bapa dijemput ke sekolah untuk menerima rekod kemajuan anak mereka. Terlebih dahulu, semua ibu bapa berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh GPK I, Pn Liew Kim Fong. Kemudian, ibu bapa pun berjumpa dengan guru kelas untuk berbincang tentang keputusan anak mereka dalam Ujian Penggal I. Kehadiran ibu bapa pada hari ini amat memuaskan. Terdapat juga ibu bapa yang memuji anak mereka yang mendapat keputusan yang baik. Harap ibu bapa dan guru berganding bahu untuk meningkatkan keputusan murid.

No comments:

Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity