INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, April 26, 2010

Pertandingan Bercerita BM Tahap 1 dan Tahap 2 Peringkat Daerah Kuala Pilah



( 26-4-2010 ) Pada pagi ini, Sin Chai Hong telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita BM Tahap 2 dan Lei Zhi Guang pula mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita BM Tahap 1 Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Latihan Kawad Kecemasan dan Kebakaran Kali Kedua



( 25-4-2010 ) Pada pukul 10.15 am, sekolah kami telah mengadakan latihan kawad kecemasan dan kebakaran.

Khemah Membaca


23hb April ialah National Reading Day. Sekolah kami telah mengadakan perhimpunan khas. Beberapa aktiviti membaca telah dijalankan. Sebelum itu, pihak sekolah telah memberi sebuah buku cerita kepada setiap murid untuk menggalakkan murid-murid membaca buku cerita di rumah sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari. Pada pagi ini, pihak sekolah mengumpulkan semua murid di dalam dewan. Beberapa orang murid telah naik ke pentas untuk bercerita. Guru darjah juga memilih beberapa orang murid untuk membaca buku cerita yang dipinjam. Murid Tahap 2 juga memberi sedikit ulasan tentang buku yang dibaca.
Semoga aktiviti ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid.

Monday, April 19, 2010

National Reading Day dan Promosi Buku Baru



(19-4-2010) Pada 23hb April ialah Hari National Reading Day. Semasa perhimpunan, pengawas perpustakaan telah memperkenalkan buku baru kepada murid-murid. Guru bertugas juga memberi ceramah kepada murid-murid tentang kepentingan membaca buku.

Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah

( 17-4-2010 ) Chan Suet Wei dan Chu Wen Suet telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bersyarahan Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah di SJKC Juasseh.
Chu Wen Suet telah berjaya mendapat tempat ketiga dan Chan Suet Wei pula berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Syarahan tersebut. Tahniah kepada mereka berdua atas pencapaian yang diperoleh.
Chan Suet Wei mendapat Johan dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Cina

Chu Wen Suet mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Cina.

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris dan Pertandingan Spelling Peringkat Daerah Kuala Pilah



( 15-4-2010 ) Lei Yi, murid Tahun 5 telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kuala Pilah. Selain itu, Chin Han Yong juga mengambil bahagian dalam Pertandingan Spelling Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Thursday, April 15, 2010

Story Telling Competition School Level




( 14-4-2010 ) Pada pukul 2.30pm, Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Story Telling Competition. Setiap tahun mempunyai 5 atau 6 orang peserta yang menyertai pertandingan ini. Peserta Tahun 1 dan 2 melafazkan pantun manakala peserta Tahun 3 hingga 6 pula mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita.

Wednesday, April 14, 2010

Action Song Competition Peringkat Daerah Kuala Pilah



( 14-4-2010 ) Pada pagi ini, 15 orang murid dari Tahap 1 telah mengambil bahagian dalam Action Song Competition Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Monday, April 12, 2010

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1 & 6


(11-4-2010) Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Kuala Pilah telah datang ke sekolah kami untuk membuat pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid Tahun 1 dan 6. Berikut adalah gambarnya:

TAKLIMAT H1N1




(11-4-2010) Guru Hem, Pn Von Siew Knew telah memberi taklimat mengenai H1N1 kepada murid pada waktu perhimpunan pagi ini. Setiap kelas mendapat sekotak penutup mulut dan sebotol "instant hand sanitizer". Guru-guru juga mengajar murid tentang cara mencuci tangan dan cara memakai penutup mulut (mask). Setiap murid juga mendapat satu penutup mulut.

Majlis Penyampaian KWAPM



Penyampaian KWAPM telah diadakan pada 30 Mac yang lalu di SKD. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Roslan bin Haji Mohd Yusof DSNS.JP.PMC Adun Kawasan Johol. Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil PPD, iaitu Encik Nasarudin Bin Zainal (Penyelia HEM) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah.
Seramai 191 orang murid dari 4 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai penerima KWAPM kali ini, iaitu (74 murid) dari SK Dangi, (50 murid) dari SK Inas, (29 murid) dari SK Dato Inas dan (38 murid) dari SJK (C) Pei Chun. Selepas itu, Guru Besar balik ke sekolah dan menyampaikan KWAPM kepada ibu bapa.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Thursday, April 8, 2010

Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah Kuala Pilah


(8-4-2010) Chan Suet Wei, murid Tahun 6 telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah Kuala Pilah pada pagi ini.

Sudut Melukis dan Menulis


Pihak sekolah telah menyediakan satu tempat untuk murid melukis dan menulis dengan menggunakan kapur supaya dapat mencungkil bakat mereka dalam melukis dan melatih tulisan mereka. Hal ini kerana pihak sekolah kini menggunakan papan putih dalam P&P, oleh murid-murid tidak ada peluang melukis dengan baik dengan hanya menggunakan marker pen.

Wednesday, April 7, 2010

Perasmian Koridor Penyayang

(1-4-2010) Pada pagi ini, Pn Chong Swee Chu ( Pegawai Khas Timbalan Pelajaran Malaysia I ), Pn Er San San ( Penolong Pengarah Bahasa Cina ), En Goh Teck ( Penyelia Kanan Bahasa Cina) dan En Chew Kong Chai ( Penyelia SJKC ) telah melawat ke sekolah kami dan merasmikan koridor penyayang yang telah siap dibina pada awal tahun ini.

Sunday, April 4, 2010

Perasmian Koridor Penyayang

Harap anda semua menikmati slide show ini!

Saturday, April 3, 2010

Ceramah Motivasi untuk Murid, Guru dan Ibu Bapa



( 2-4-2010 ) Sekolah kami telah mengadakan 2 sesi ceramah motivasi untuk murid-murid, guru-guru dan ibu bapa.

Ceramah Motivasi untuk Sekolah Penyayang



(1-4-2010) Pn Chong Swee Chu, Pegawai Khas Timbalan Pelajaran Malaysia I telah memberi ceramah motivasi kepada Guru Besar-Guru Besar Daerah Kuala Pilah di sekolah kami. En Chew Kong Chai, Penyelia SJKC telah dijemput untuk memberi ucapan. Selepas itu, Pn Chong telah bermesyuarat dengan Guru Besar Sekolah Penyayang Negeri Sembilan.

Pemasangan Kampus Astro 2010



( 31-3-2010 ) Sekolah kami telah menerima pemasangan kampus astro secara percuma atas tajaan kerajaan.

Thursday, April 1, 2010

Calon Murid Terbaik bagi Bulan Januari, Februari dan Mac

.
Esther, murid Tahun 6 merupakan ketua darjah tahun 6. Dia merupakan seorang murid yang mempunyai teladan yang baik, bertanggungjawab dan bersopan santun. Oleh itu, dia terpilih sebagai murid yang mempunyai teladan yang terbaik pada bulan Januari. Tahun 6 juga menjadi Johan dalam pertandingan kebersihan kelas 5 minggu berturut-turut.
.
Lei Yi telah terpilih sebagai murid yang mempunyai teladan yang terbaik pada bulan Februari.

Sin Chai Hong terpilih sebagai murid yang mempunyai teladan terbaik pada bulan Mac.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity