INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, November 16, 2009

SEJARAH PSS

SEJARAH PSS

- Pada awal tahun 1927, Sekolah Cina Pei Chun telah ditubuhkan. Seorang siswazah dari Negeri China yang bernama En Hok Tau Luan diupah sebagai Guru Besar.

- Pada tahun 1928, bangunan sekolah ini telah musnah dalam satu kebakaran dan terpaksa dipindahkan ke sebuah rumah atap bersebelahan pasar.

- Selepas itu, sekolah ini terpaksa ditutup kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, sekolah ini berjaya dibuka semula dengan adanya kerjasama masyarakat Cina setempat.

- Pada tahun 1953, En Wee Liang Yee telah mendermakan sebidang tanah seluas dua ekar sebagai tapak sekolah yang baru.

- Pada awal tahun 2006, kerajaan telah mengubahsuai sebuah bangunan yang lama menjadi Prasekolah. dengan itu, Pendidikan Prasekolah telah dimulakan.

- Pada tahun 2006, sebuah bangunan perpustakaan telah siap dibina dengan kerjasama masyarakat setempat dan diberi nama sebagai Bilik Wong Chow.

- Pada 11 Februari 2006, didapati sebuah bangunan yang terdiri daripada 5 buah bilik darjah telah dirosakkan oleh anai-anai. Oleh itu, bangunan tersebut telah diisytiharkan sebagai bangunan tidak selamat.

- Pada awal tahun 2007, sebuah makmal komputer telah siap dibina di kawasan padang oleh kerajaan.

- Pada 23 Januari 2007, Guru Besar, iaitu En Yap Kim Wing telah meninggal dunia kerana penyakit kancer. Pada 26 Mac 2007, En Low Chee Meng telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini.

- Pada bulan Jun 2008, bangunan yang diistiharkan tidak selamat telah dirobohkan. Kerajaan telah mendirikan dua buah bilik sementara untuk murid-murid belajar.

- Pada tahun 2008, En Kok Kun Sun telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini hingga sekarang.
Julai 2008 - bangunan tidak selamat telah dirobohkan.
- 2008 , Dua buah bilik darjah dibina oleh kerajaan di tapak taman.
- 2009 ,Kerajaan memberi peruntukan untuk membina 3 buah bilik darjah di
tapak bangunan yang telah dirobohkan.
- 2010 ,bangunan baru mula digunakan oleh murid tahun 4, 5 dan 6

No comments:

Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity