INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, November 2, 2009

Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris

Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Melayu
(30-10-09) Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Melayu telah diadakan di dewan sekolah. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4 telah mengambil bahagian dalam kategori pertandingan bercerita. Murid-murid Tahun 5 dan 6 pula mengambil bahagian dalam kategori pertandingan bersyarahan.

Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa CinaPemenang-pemenang dalam Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Cina.

(15-7-2009) Pada pukul 2.30 petang, Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Cina telah diadakan di dewan sekolah. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu kategori pertama terdiri daripada murid-murid Tahun 1 dan 2 yang menyertai pertandingan bercerita. Kategori kedua terdiri daripada murid-murid Tahun 3 dan 4 yang juga menyertai pertandingan bercerita manakala murid-murid Tahun 5 dan 6 menyertai pertandingan bersyarahan.

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris


Pada hari Rabu yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori pertama ialah murid-murid Tahun 1 & 2. Kategori kedua ialah murid-murid Tahun 3 & 4. Kategori ketiga ialah murid-murid Tahun 5 & 6. Setiap kelas menghantar 4 orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut.

No comments:

Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity