INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, November 16, 2009

Aktiviti Program Nilam

Aktiviti : Pelaksanaan Laluan Iqra

Objektif :
1. Mewujudkan suasana ‘ingin belajar’ dan “minat membaca” di kalangan murid.
2. Menggalakkan murid-murid mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
3. Meningkatkan prestasi murid dalam bidang pelajaran.

Kumpulan sasaran : Murid-murid Tahun 1-6

Guru Pelaksanaan : Semua guru

Masa : 7.20am -7.45am

Cara Pengendalian :
1. Murid-murid dikehendaki tiba di sekolah sebelum pukul 7.20am. Setelah loceng pertama dibunyikan, murid-murid diminta membawa bahan bacaan dan berkumpul di tapak bangunan untuk menjalankan bacaan pagi hingga pukul 7.45am .

2. Murid-murid dikehendaki membaca bahan bacaan yang telah disediakan oleh guru-guru mata pelajaran. Contoh bahan bacaan adalah seperti: buku cerita puisi, sajak, teks pelajaran, model karangan, karya murid yang dipilih, menghafal sifir darab dan sebagainya.

3. Setiap kelas dikawal oleh KETUA DARJAH / GURU KECIL. Selain itu, guru bertugas bagi minggu tersebut juga akan membuat rondaan untuk memastikan bacaan pagi dijalankan dengan lancar.
4. Berikut adalah jadual pelaksanaan ‘Laluan Iqra’.
Isnin : Bahasa Cina
Selasa : Bahasa Melayu
Rabu : Bahasa Inggeris
Khamis : Bahasa Inggeris
Jumaat : Bahasa Melayu

No comments:

Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity