INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Sunday, November 29, 2009

Friday, November 27, 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 2009


(25-11-09) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknopen Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2009 di BTPN Port Dickson. Sekolah kami telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Laman Web PSS dan berjaya mendapat sagu hati dalam pertandingan tersebut. Laman web tersebut adalah dibina oleh Pn Lee Pauy Lian (Guru Perpustakaan Dan Media), Cik Lim Chin Nah (Guru BBM) dan Cik Lim Kwee Fang (Guru Audio Visual).

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur


(24-11-09) Pada pagi ini, Cikgu Low Wee Meng, Cikgu Lim Chin Nah, Cikgu Lim Hong Ming dan Cikgu Lim Kwee Fang telah mengiringi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 untuk melawat ke Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang dikunjungi termasuklah Petrosains di KLCC, Kilang Chocolate, Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia, KL Bird Park dan Muzium Polis Diraja Malaysia.

Saturday, November 21, 2009

Majlis Perpisahan Tahun 6


Semua guru sekolah mengambil gambar bersama murid-murid Tahun 6 Tahun 2009
(19-11-09) Sekolah kami telah mengadakan majlis perpisahan untuk murid-murid Tahun 6. Selepas jamuan, Guru Besar telah mengumumkan keputusan UPSR. Teoh Yi Ling telah berjaya mendapat 6A 1B.


(20-11-09) PIBG sekolah kami dan murid-murid Tahun 6 telah menderma sebuah meja batu untuk sekolah. Meja batu tersebut telah diletak di bawah pokok taman penyayang untuk murid-murid berehat dan sebagai sudut membaca.

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka



(18-11-09) Cikgu Tong Pee Yinn ( GPK HEM ) dan Cikgu Chong Yee Ming ( GPK KOKO ) telah mengiringi 18 orang murid untuk menyertai Program RIMUP, iaitu lawatan sambil belajar ke Melaka. Program ini melibatkan murid-murid dari SK Dato Inas, SK Dangi dan SK Senibai. Tempat-tempat yang dikunjungi termasuk Zoo Melaka, Mini Malaysia dan Dataran Pahlawan.

Thursday, November 19, 2009

Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Tahun 2009

(17-11-09) Sekolah kami telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pada pukul 7.30 malam. Semua AJK LPS dan PIBG telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid. Selepas majlis penyampaian hadiah, murid-murid telah mempersembahkan beberapa acara. Antara acara yang dipersembahakan ialah Tarian Budaya Cina, Mendeklamasi Sajak, Tarian Mexico, Tarian Melayu, Nyanyian Solo dan Berkumpulan serta lain-lain lagi. Majlis ini berjalan dengan lancar.

Monday, November 16, 2009

Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Perkhidmatan



(16-11-09) Pada pagi ini, pihak sekolah menyampaikan Anugerah Penghargaan Perkhidmatan kepada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan pengawas BBM serta semua ketua darjah dan penolong ketua darjah.

Program RIMUP


(10-11-09) Pada pukul 2.30pm, sekolah kami telah mengadakan pertandingan bola tampar antara 4 buah sekolah dalam Program RIMUP Tahun 2009. Sekolah yang terlibat ialah SJKC Pei Chun Dangi, SK Senibai, SK Dangi dan SK Dato' Inas.

Anugerah Terbilang Kokurikulum




(10-11-09) Sekolah kami telah mendapat Anugerah Sekolah Terbilang (SR) Kokurikulum PPD Kuala Pilah Tahun 2009 dan Anugerah Terbilang Kokurikulum dalam mengelola aktiviti kokurikulum PPD Kuala Pilah Tahun 2009. Teoh Yi Ling, murid Tahun 6 juga mendapat tempat keempat dalam kategori Murid Perempuan Terbilang Sekolah Rendah Anugerah Kokurikulum Tahun 2009.

Pengiktirafan Program Nilam


(9-11-09) Semasa waktu perhimpunan, pihak sekolah telah menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang membaca terbanyak dalam Tahun 2009. Terdapat 3 orang dalam setiap kelas yang dipilih bagi menyanjungi hadiah membaca terbanyak. Selain itu, pihak sekolah juga menyampaikan Sijil Program Nilam kepada semua murid Tahun 6. Murid yang bernama Soah Yi Juan merupakan murid yang membaca terbanyak dalam tahun ini.

Promosi Buku


(11-11-09) Pada pukul 1.35pm, iaitu selepas waktu persekolahan, sekolah kami telah mengadakan promosi buku cerita dan buku rujukan untuk murid-murid. Selain itu, pihak sekolah juga menjual buku rujukan lama kepada murid-murid. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menggalakkan murid-murid lebih membaca.

Aktiviti Jualan


(11-11-09) Pada waktu rehat, murid-murid Tahun 6 telah mengadakan aktiviti jualan di kantin sekolah. Mereka telah menjual bahan guna semula, buah-buahan, telur, nuget, dan kuih-muih. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik daripada semua murid.

Mengemas Bilik Bahan Bantu Mengajar


(11-11-09) Pada pukul 2.30pm hingga 4.30pm, semua guru dan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 telah datang ke sekolah untuk bekerjasama mengemas bilik BBM. Bilik darjah Tahun 4 telah dikemas menjadi bilik BBM kerana murid-murid Tahun 4 telah berpindah ke bangunan baru.

ENGLISH WEEK


Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan English Week pada hujung bulan April. Aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu Bahasa Inggeris ini ialah menyanyi lagu Bahasa Inggeris, Writing Competition, Spelling Discovery Competition dan English Day.

Kejohanan Olahraga




(28-2-2009) Kejohanan Olahraga SJKC Pei Chun Dangi Tahun 2009 telah diadakan di padang SK Dangi. Sekolah kami berasa bangga kerana dapat menjemput YB Dato’ Roslan Bin Hj Mohd Yusof DSNS JP PMC untuk merasmikan pembukaan Kejohanan Olahraga pada tahun ini. Terdapat 28 acara telah dipertandingkan, termasuk acara padang dan acara balapan seperti lompat jauh dan lontar peluru, lari 50m, 100m, 200m, 4x50m, 4x100m, 4x200m dan acara tarik tali antara 3 pasukan. Selain itu,terdapat juga acara telematch yang terbuka kepada kanak-kanak dan ibu bapa.

Action Song Competition Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Pada 15hb Apr 2009, sekolah kami telah menghantar 15 orang murid untuk menyertai Action Song Competition Peringkat Daerah Kuala Pilah.
video

LEARN A WORD A DAY















Setiap Hari Rabu ialah “English Day”. Pada hari tersebut, murid-murid dikehendaki berkumpul di tapak
perhimpunan dan membaca bahan bacaan ‘Learn A Word A Day’. Semua murid duduk bersama mengikut Tahap I dan Tahap II. Setelah murid-murid belajar 10 perkataan, Spelling juga akan diadakan pada pagi tersebut.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN



Pada 30 Mei 2009 (Sabtu), Pn. Lee Pauy Lian telah memberi Latihan Portal kepada semua guru di Makmal Komputer. Latihan ini bermula pada pukul 2 petang hingga 4petang. Semua guru telah berjaya login menjadi pengguna Eduwebtv.

Pendaftaran SSOS


( 8-9-2009 ) En Shafie datang ke sekolah kami untuk memberi tunjuk ajar tentang penggunaan SSQS.

Taklimat SSQS

(24-7-09) Pada pukul 1.00pm, Guru ICT, iaitu En Low Wee Meng telah memberi taklimat ringkas tentang SSQS kepada guru-guru.

Aktiviti Program Nilam

Aktiviti : Pelaksanaan Laluan Iqra

Objektif :
1. Mewujudkan suasana ‘ingin belajar’ dan “minat membaca” di kalangan murid.
2. Menggalakkan murid-murid mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
3. Meningkatkan prestasi murid dalam bidang pelajaran.

Kumpulan sasaran : Murid-murid Tahun 1-6

Guru Pelaksanaan : Semua guru

Masa : 7.20am -7.45am

Cara Pengendalian :
1. Murid-murid dikehendaki tiba di sekolah sebelum pukul 7.20am. Setelah loceng pertama dibunyikan, murid-murid diminta membawa bahan bacaan dan berkumpul di tapak bangunan untuk menjalankan bacaan pagi hingga pukul 7.45am .

2. Murid-murid dikehendaki membaca bahan bacaan yang telah disediakan oleh guru-guru mata pelajaran. Contoh bahan bacaan adalah seperti: buku cerita puisi, sajak, teks pelajaran, model karangan, karya murid yang dipilih, menghafal sifir darab dan sebagainya.

3. Setiap kelas dikawal oleh KETUA DARJAH / GURU KECIL. Selain itu, guru bertugas bagi minggu tersebut juga akan membuat rondaan untuk memastikan bacaan pagi dijalankan dengan lancar.
4. Berikut adalah jadual pelaksanaan ‘Laluan Iqra’.
Isnin : Bahasa Cina
Selasa : Bahasa Melayu
Rabu : Bahasa Inggeris
Khamis : Bahasa Inggeris
Jumaat : Bahasa Melayu

Makmal Komputer Sekolah


Makmal komputer ini mula beroperasi pada tahun 2009. Keadaannya yang teratur dan selesa membolehkan murid-murid belajar dengan lebih bersemangat.

SEJARAH PSS

SEJARAH PSS

- Pada awal tahun 1927, Sekolah Cina Pei Chun telah ditubuhkan. Seorang siswazah dari Negeri China yang bernama En Hok Tau Luan diupah sebagai Guru Besar.

- Pada tahun 1928, bangunan sekolah ini telah musnah dalam satu kebakaran dan terpaksa dipindahkan ke sebuah rumah atap bersebelahan pasar.

- Selepas itu, sekolah ini terpaksa ditutup kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, sekolah ini berjaya dibuka semula dengan adanya kerjasama masyarakat Cina setempat.

- Pada tahun 1953, En Wee Liang Yee telah mendermakan sebidang tanah seluas dua ekar sebagai tapak sekolah yang baru.

- Pada awal tahun 2006, kerajaan telah mengubahsuai sebuah bangunan yang lama menjadi Prasekolah. dengan itu, Pendidikan Prasekolah telah dimulakan.

- Pada tahun 2006, sebuah bangunan perpustakaan telah siap dibina dengan kerjasama masyarakat setempat dan diberi nama sebagai Bilik Wong Chow.

- Pada 11 Februari 2006, didapati sebuah bangunan yang terdiri daripada 5 buah bilik darjah telah dirosakkan oleh anai-anai. Oleh itu, bangunan tersebut telah diisytiharkan sebagai bangunan tidak selamat.

- Pada awal tahun 2007, sebuah makmal komputer telah siap dibina di kawasan padang oleh kerajaan.

- Pada 23 Januari 2007, Guru Besar, iaitu En Yap Kim Wing telah meninggal dunia kerana penyakit kancer. Pada 26 Mac 2007, En Low Chee Meng telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini.

- Pada bulan Jun 2008, bangunan yang diistiharkan tidak selamat telah dirobohkan. Kerajaan telah mendirikan dua buah bilik sementara untuk murid-murid belajar.

- Pada tahun 2008, En Kok Kun Sun telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini hingga sekarang.
Julai 2008 - bangunan tidak selamat telah dirobohkan.
- 2008 , Dua buah bilik darjah dibina oleh kerajaan di tapak taman.
- 2009 ,Kerajaan memberi peruntukan untuk membina 3 buah bilik darjah di
tapak bangunan yang telah dirobohkan.
- 2010 ,bangunan baru mula digunakan oleh murid tahun 4, 5 dan 6

AKTIVITI TAHUNAN PSS

AKTIVITI TAHUNAN PSS
1. Program Nilam
2. Laluan Iqra dan Laluan Ilmu
3. Bacaan Pagi
4. Pameran Buku Skrap
5. Pameran Buku Baru
6. Projek Membaca Surat Khabar
7. Projek Anak Angkat
8. Projek Canang
9. Program Transisi
10. Kelas Tambahan
11. Sudut PPSMI
12. Taman Penyayang
13. Minggu PSS
14. Buletin PSS
15. Menu PSS
16. Kajian Tindakan PSS
17. Ceramah / Perhimpunan
18. EDUWEBTV & Radio Sekolah
19. Pondok Bacaan
20. SALC & Sudut Bercerita
21. Pertandingan Kelas Ceria
22. Pertandingan Akademik
23. Lawatan Sambil Belajar
24. Galeri Sejarah
25. Learn A Word A Day
26. Sepatah Perkataan Sehari

AKTIVITI TAHUNAN PERPUSTAKAAN
1. Program Nilam
2. Projek Membaca Surat Khabar
3. Koleksi Buku Skrap
4. Bengkel Baik Pulih Buku Cerita
5. Pertandingan Membaca Buku Terbanyak
6. Pertandingan Bercerita
7. Pameran Buku Baru
8. Promosi Buku
9. Ulasan Buku

VISI dan MISI PSS

VISI PSS
Mewujud PSS Berteraskan Kepelbagaian Multimedia Terkini Menjelang 2012.

MISI PSS
Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Piagam Pelanggan PSS
Bahawa kami warga SJKC PEI CHUN DANGI dengan penuh iltizam berikrar akan :

· Memberi perkhidmatan dengan sebaik mungkin, cekap dan mesra.
· Memastikan segala dokumen berada dalam keadaan kemaskini.
· Memproses pinjaman dan pemulangan buku dengan serta-merta mengikut jadual yang ditetapkan.
· Memastikan segala buku dan bahan tersusun secara sistematik dan dapat dikesan dengan serta-merta.
· Memastikan segala peralatan berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.
· Menyediakan keadaan yang selesa.

Matlamat dan Objektif Pusat Sumber Sekolah

Matlamat Dan Objektif PSS
Matlamat PSS ( Jangka Panjang )
Meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan PSS dan taraf pembangunan fizikal sekolah.

Matlamat PSS ( Jangka Pendek )
-Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru.
-Mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.
-Memupuk minat membaca di kalangan murid.
-Membentuk golongan murid yang berdisplin, dinamis, kreatif, dan berilmu pengetahuan.

Objektif PSS
- Mempertingkatkan mutu pelajaran di sekolah.
- Membentuk profesion perguruan yang berdisiplin, dinamis, kreatif, berilmu pengetahuan, inovatif dan imaginatif untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
- Membentuk golongan pelajar yang berdisplin, dinamis, kreatif dan berilmu pengetahuan.
- Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendididkan antara sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah bandar.

JAWATANKUASA PSS

JAWATANKUASA PSS
JAWATANKUASA INDUK PSS 2011


Pengerusi : En Kok Kun Sun
Naib Pengerusi I : Pn Liew Kim Fong
Naib Pengerusi II : Pn Won Siew Knew
Naib Pengerusi III : Pn Lee Chet Yin
Setiausaha : Pn Lee Pauy Lian
Jawatankuasa :
Shaina Bt Rais ( Ketua Panitia BM )
Lim Hong Ming ( Ketua Panitia BI )
Ong Guat Chin ( Ketua Panitia BC )
Low Wee Meng ( Ketua Panitia Sains )
Lee Pauy Lian ( Ketua Panitia Matematik )
Tong Pee Yinn ( Ketua Panitia Kemahiran Hidup )
Ong Guat Chin ( Ketua Panitia Kajian Tempatan )
Lim Kwee Fang ( Ketua Panitia Pendidikan Moral )
Won Siew Knew ( Ketua Panitia Pendidikan Muzik )
ShAINA bT rAIS(Panitia Pendidikan Seni Visual )
Lim Po Yolk ( Ketua Panitia Kewarganegaraan & Sivik )
Choong Yee Ming ( Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan )

Lim Kwee Fang ( Guru Pemulihan )
Hee Mun Cheng ( Guru Prasekolah )



JAWATANKUASA KERJA PSS 2011

Pengerusi : En Kok Kun Sun
Naib Pengerusi I : Pn Liew Kim Fong
Naib Pengerusi II : Pn Won Siew Knew
Naib Pengerusi III : Pn Lee Chet Yin
Setiausaha : Pn Lee Pauy Lian

Guru Perpustakaan Dan Media : Pn Lee Pauy Lian
Setiausaha : Cik Lim Chin Nah

Guru Perpustakaan : Pn Lim Hong Ming
Setiausaha : Cik Lim Chin Nah

Guru BBM : Cik Lim Chin Nah
Setiausaha : Cik Tong Pee Yinn

Guru KBKK & Powerpoint : Pn Shaina Bt Rais
Setiausaha : Pn Ong Guat Chin

Guru SAL : En Choong Yee Ming
Setiausaha : Pn Lim Hong Ming

Guru Nilam : Pn Ong Guat Chin
Setiausaha : Pn Shaina Bt Rais

Guru Bilik Tayangan : Cik Lim Kwee Fang
Setiausaha : Cik Lim Po Yolk

Guru Makmal Komputer/ ICT : En Low Wee Meng
Setiausaha : En Choong Yee Ming

Guru PPSMI : En Low Wee Meng
Setiausaha : Cik Lim Po Yolk

JAWATANKUASA UNIT BBM

Guru BBM : Cik Lim Chin Nah
Setiausaha : Cik Tong Pee Yinn
AJK :
Shaina Bt Rais ( Ketua Panitia BM )
Lim Hong Ming ( Ketua Panitia BI )
Ong Guat Chin ( Ketua Panitia BC )
Low Wee Meng ( Ketua Panitia Sains )
Lee Pauy Lian ( Ketua Panitia Matematik )
Tong Pee Yinn ( Ketua Panitia Kemahiran Hidup )
Ong Guat Chin ( Ketua Panitia Kajian Tempatan )
Lim Kwee Fang ( Ketua Panitia Pendidikan Moral )
Won Siew Knew ( Ketua Panitia Pendidikan Muzik )
Choong Yee Ming (Panitia Pendidikan Seni Visual )
Lim Po Yolk ( Ketua Panitia Kewarganegaraan & Sivik )
Choong Yee Ming ( Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan )



JAWATANKUASA PERPUSTAKAAN
Guru Perpustakaan : Pn Lim Hong Ming
Setiausaha : Cik Lim Chin Nah

AJK :
Pn Shaina Bt Rais
Pn Lee Pauy Lian
Pn Ong Guat Chin
En Low Wee Meng

Pengawas Perpustakaan :
Lei Yi ( Ketua )
Wong Seik Yee( Penolong )
Wee Mei Qian
Lin Yuen Xuan
Lee Hong Yi
Ng Zhe Yin
Chan Wen Hua
Sai Song Liang
Che Wen Suet

Tuesday, November 10, 2009

Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang Tahun 2009



(5-11-09) Sekolah kami telah mendapat Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang Tahun 2009 daripada Unit Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tahniah dan syabas kepada SJKC PEI CHUN DANGI!

Monday, November 9, 2009

Bangunan Bilik Darjah Baru Telah Siap Dibina



(8-11-09) Bangunan yang dirobohkan pada tahun lepas kini telah siap dibina. Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 telah berpindah dari bilik darjah sementara ke bangunan baru ini. Semoga murid-murid dapat belajar dengan gembira dalam bilik darjah yang baru ini.

Monday, November 2, 2009

Bengkel Pemurnian Blog Sekolah Ahli PKG Johol


(2-11-09) PKG Johol telah mengadakan Bengkel Pemurnian Blog Sekolah di bilik mesyuarat PKG Johol untuk semua Guru Perpustakaan dan Media Sekolah. Sebanyak 17 orang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris

Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Melayu
(30-10-09) Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Melayu telah diadakan di dewan sekolah. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4 telah mengambil bahagian dalam kategori pertandingan bercerita. Murid-murid Tahun 5 dan 6 pula mengambil bahagian dalam kategori pertandingan bersyarahan.

Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa CinaPemenang-pemenang dalam Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Cina.

(15-7-2009) Pada pukul 2.30 petang, Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Cina telah diadakan di dewan sekolah. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu kategori pertama terdiri daripada murid-murid Tahun 1 dan 2 yang menyertai pertandingan bercerita. Kategori kedua terdiri daripada murid-murid Tahun 3 dan 4 yang juga menyertai pertandingan bercerita manakala murid-murid Tahun 5 dan 6 menyertai pertandingan bersyarahan.

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris


Pada hari Rabu yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori pertama ialah murid-murid Tahun 1 & 2. Kategori kedua ialah murid-murid Tahun 3 & 4. Kategori ketiga ialah murid-murid Tahun 5 & 6. Setiap kelas menghantar 4 orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan Ping Pong dan Badminton antara Pasukan Rumah


(28-10-09) Pertandingan ping pong telah diadakan antara 3 pasukan rumah. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 2.30pm hingga 4.30pm. Pertandingan ini dibahagikan kepada kategori pasukan perseorangan lelaki dan perempuan serta pasukan bergu lelaki dan perempuan.


(7-10-09) Pertandingan badminton antara pasukan rumah telah diadakan pada pukul 2.30pm hingga 4.30pm sepanjang waktu kokurikulum. Pertandingan ini dibahagikan kepada kategori pasukan perseorangan lelaki dan perempuan serta pasukan bergu lelaki dan perempuan.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity