INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Wednesday, April 29, 2009

CERAMAH MOTIVASI UNTUK MURID, GURU DAN IBU BAPA


Pengerusi LPS dan Pengerusi PIBG menyampaikan cenderahati kepada En. Tee Hui Hor dan En. Lim Boon Kiong.




Pada 27 April 2009, sekolah kami telah mengadakan Ceramah Motivasi untuk murid-murid pada pukul 2.30pm hingga 4.00pm bertempat di Makmal Komputer SJKC PEI CHUN DANGI. Sekolah kami telah menjemput dua orang pensyarah untuk memberi ceramah yang bertajuk " Hidup Bahagia " kepada murid-murid. Pada pukul 7.30pm hingga 10.00pm, kedua-dua pensyarah tersebut juga memberi ceramah kepada guru-guru dan ibu bapa.

PESTA MUZIK SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA PILAH




(22-4-2009) Sekolah kami telah menghantar 12 orang murid untuk menyertai acara Pertandingan Tarian dalam Pesta Muzik Daerah Kuala Pilah. Sekolah kami berjaya mendapat tempat ketiga.

Saturday, April 25, 2009

KARNIVAL BAHASA CINA SEKOLAH SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA PILAH 2009


Teoh Yi Ling (kiri) mendapat Johan dalam Pertandingan Kaligrafi, Che Wen Suet (kanan) mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Cina.

KARNIVAL BAHASA CINA SEKOLAH SEKOLAH RENDAH SJKC DAERAH KUALA PILAH 2009 telah diadakan pada 25hb APRIL 2009 di dewan SJK(C) CHUNG HUA KUALA PILAH.
Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina, Pertandingan Bercerita Bahasa Cina, Pertandingan Kaligrafi Tahun 3-4 dan Pertandingan Kaligrafi Tahun 5-6. Sekolah kami telah menghantar 7 orang murid menyertai pertandingan tersebut. Murid dari sekolah kami, iaitu Teoh Yi Ling telah mendapat Johan dalam Pertandingan Kaligrafi (Tahun 5 & 6) manakala Che Wen Suet mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Walaupun murid kita (Wong Seik Yee, Sin Cai Hong, Emily Lin Yuan Xuan dan Lok Yi Hui) hanya mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak, namun persembahan mereka juga amat baik.

Thursday, April 16, 2009

Anugerah Terbilang Ko-kurikulum –Johan Sekolah Terbilang (SR) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah Tahun 2008 dan Anugerah Terbilang Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Di Dalam Mengelola Aktiviti Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah Tahun 2008

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA CINA DAERAH KUALA PILAH













Pada 18 Apr 2009, sekolah kami berjaya menganjurkan Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Daerah Kuala Pilah di dewan SJKC Pei Chun Dangi. Terdapat 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Kuala Pilah telah menyertai pertandingan ini. Seramai 14 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Johan dimenangi oleh Teoh Yi Ling dari sekolah kami. Pertandingan ini dianjurkan secara berasingan dan tidak dijalankan dalam Pesta Bahasa Cina Daerah Kuala Pilah buat kali pertama. Pertandingan ini dapat dijalankan dengan berjaya atas kerjasama daripada pelbagai pihak.


ACTION SONG COMPETITION PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH
Pada 15hb Apr 2009, sekolah kami telah menghantar 15 orang murid untuk menyertai Action Song Competition Daerah Kuala Pilah.
video Nikmatilah persembahan menarik daripada peserta sekolah kami.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity